STATUS TERKINI KERJA PEMBAIKAN PAIP PUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI DAMANSARA UTAMA

7:30 AM

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT di Damansara Utama mengalami kelewatan selama 4 jam berbanding jadual perancangan disebabkan masalah teknikal dan aspek keselamatan kerja di tapak. Air Selangor mensasarkan kerja-kerja tersebut akan siap sepenuhnya pada jam 10:00 pagi ini, sejak dimulakan pada jam 12:30 tengah malam, 30 Disember 2020. Bekalan air akan diagihkan setelah kerja-kerja pengalihan paip sementara ini siap.

Para pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori-lori tangki yang sedang digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat atau melalui tangki statik yang diletakkan di dua Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang telah disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan PKS yang disediakan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

Lampiran:
Gambar kerja-kerja pengalihan paip sementara berikutan paip terputus di Damansara Utama yang sedang dijalankan pada 31 Disember 2020.

Gambar 01

Gambar 02

Gambar 03

Gambar 04

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …