Skim Bekalan Air Rasau

Dalam usaha untuk meningkatkan margin rizab air sekarang bagi Wilayah Klang, Air Selangor kini sedang giat mengenal pasti sumber-sumber air yang baharu bagi memastikan kelestarian bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Latar Belakang Projek

Sehingga kini, Air Selangor sering berdepan dengan isu kualiti sumber air mentah yang diperolehi di hulu sungai. Ini menjadikan keperluan untuk mengenal pasti sumber-sumber air mentah yang baharu suatu keutamaan bagi kami dalam memastikan bahawa bekalan air dapat disediakan secara kepada semua pengguna.

Melalui Skim Bekalan Air Rasau ini, sejumlah lima (5) sehingga 10 kolam bekas perlombongan bijih timah telah dikenal pasti sebagai sumber air yang berpotensi untuk dijadikan fasiliti penyimpanan air luar sungai, atau ‘Off-River Storage Facility’ (ORS). Kolam-kolam yang berbagai-bagai saiz ini, yang mana kolam terbesarnya berkeluasan 164 hektar, terletak di daerah Sepang dan Petaling. Dengan peningkatan ketara kualiti air di Sungai Klang, sungai tersebut kini menjadi sumber air yang berpotensi tinggi. Kolam-kolam ini berpotensi untuk meyimpan sumber air mentah yang disalurkan terutamanya dari Sungai Klang, dan sebahagiannya dari Sungai Air Hitam dan Sungai Rasau.

Baca lebih lanjut mengenai Skim Bekalan Air Rasau

Muat Turun di sini

Implikasi Projek

Menjadikan Skim Sungai Selangor sebagai sumber tunggal untuk bekalan air mentah menimbulkan risiko yang sangat tinggi, sementara Loji Rawatan Air Langat 2 pula tidak dapat membekalkan bekalan air ke Wilayah Klang berikutan jarak jaringan paip agihan dan saluran yang terlalu panjang.

Kenapa Kita Perlu Melaksanakan Projek Ini

Tanpa Loji Rawatan Air Rasau, margin rizab air semasa di Klang akan menurun kepada 1.9% pada tahun 2024. Skim Bekalan Air Rasau dijangkakan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan bekalan air bersih hingga 700 juta liter sehari (JLH) ke Wilayah Klang menjelang selesainya tahap pertama projek ini pada tahun 2024.

Jadi Rakan Niaga Kami

Air Selangor menjemput rakan niaga yang berprestasi tinggi untuk meyertai aktiviti tender kami dan memenuhi kriteria di bawah:

Kelayakan: Syarikat Tunggal / Rakan Niaga Utama bagi Syarikat Usahasama (JV)

  1. CIDB
  • G7 dengan Kategori CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam), CE20 (Sistem Bekalan Air), dan CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)

dan

  1. CIDB
  • Kategori ME (Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal), Pengkhususan dalam M15 (Kelengkapan Mekanikal Pelbagai)

dan

  1. SPAN
  • C1 (Bekalan Air)

 

Keperluan Mandatori lain-lain termasuk:

  1. Syarikat memohon mesti:
  • Syarikat tunggal yang berdaftar di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 70% ekuiti yang dimiliki oleh warganegara Malaysia, atau syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, dan syarikat tersebut mesti dikendalikan oleh warganegara Malaysia.

atau

  1. Jika syarikat usahasama (JV),
  • Sekurang-kurangnya 51% ekuiti dipegang oleh firma yang dimiliki oleh warganegara Malaysia,
  • Jika syarikat usahama belum ditubuhkan, semua rakan niaga harus menubuhkan syarikat usahasama dalam jangka masa 2 minggu setelah ditawarkan kontrak,
  • Syarikat utama dan syarikat rakan kongsi yang lain mesti dari syarikat yang berdaftar di Malaysia.

 

Pakej 1: Pengalaman dalam projek atau kerja-kerja pembinaan awam loji rawatan air di Malaysia dengan kapasiti tidak kurang daripada 100 JLH, yang telah disiapkan dalam tempoh 20 tahun.

Pakej 2: Pengalaman dalam kerja-kerja pemasangan paip untuk saluran paip berdiameter tidak kurang dari 1000 mm dengan panjang sekurang-kurangnya 10 km di Malaysia dalam tempoh 10 tahun ini. Pembinaan stesen pam berkapasiti nominal tidak kurang dari 50 JLH (kerja-kerja M&E), siap di Malaysia dalam tempoh 20 tahun ini.

Pakej 3: Pengalaman dalam pembinaan sekurang-kurangnya satu takungan RC dengan kapasiti tidak kurang dari 9 JLH di Malaysia dalam tempoh 10 tahun ini.

 

Sekiranya anda berminat, teruskan ke laman pendaftaran vendor atas talian kami.