Perjalanan Kami

Perjalanan kami sebagai pemegang lesen holistik tunggal bagi mengabstrak, merawat dan mengagihkan air kepada lebih kurang 8.4 juta pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada 13 September 2019, berikutan penstrukturan industri perkhidmatan air negeri.

Lihat selanjutnya


Penstrukturan bermula pada tahun 2008, di mana kerajaan Selangor memberikan mandat kepada Air Selangor Holdings Berhad (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Darul Ehsan Bhd [KDEB]) untuk memimpin dan menggabungkan industri air, yang dimiliki dan dikendalikan oleh lima (5) syarikat konsesi berbeza sebelum ini. Syarikat konsesi swasta ini, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB Water), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd telah diambil alih dan digabungkan di bawah satu entiti yang dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Langkah utama ini telah diambil bagi memastikan Air Selangor sebagai satu entiti boleh memacu dan mencapai objektif strategik utama bagi mengintegrasikan operasi rawatan dan pengedaran air dengan lebih efektif dan cekap. Justeru itu, misi dan visi kami adalah untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada para pengguna di samping menjadi pengendali yang terkemuka di rantau ini.


Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kami komited untuk melabur sebanyak RM35 juta dalam tempoh masa 30 tahun, di bawah perbelanjaan modal (CapEx) kami bagi melaksanakan tujuh (7) pelan dan inisiatif strategik bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan bekalan air. Peruntukan tersebut akan digunakan bagi mempertingkatkan ketahanan dan kebolehpercayaan aset, serta kecekapan operasi untuk pengurangan kes paip pecah, pemasangan sensor pada paip utama serta menggantkan meter lama dan rosak.

Ringkaskan paparan

Kepimpinan

Dalam usaha kami ke arah menjadi operator air terkemuka di rantau ini, pucuk pimpinan kami teguh memimpin warga kerja demi memastikan kami terus komited dalam menyediakan bekalan air bersih dan selamat, serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna. 

Lembaga Pengarah Pasukan Pengurusan

Warga Kerja

Warga kerja adalah tunjang perniagaan kami. Kini kami mempunyai seramai lebih 5,022 warga kerja yang berpengalaman dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan perkhidmatan industri air. Air Selangor mengutamakan budaya dan cara kerja sebagai sebuah pasukan yang berlandaskan kejujuran, integriti, dan profesionalisme di dalam menyediakan hanya perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.

Terokai Masa Depan Bersama Kami

Prestasi & Pencapaian

Kami komited untuk mengutamakan pengguna kami, untuk memberikan hanya perkhidmatan dan bantuan yang terbaik yang memenuhi keperluan dan harapan pengguna serta pemegang berkepentingan.

Laporan Prestasi & Anugerah

Kelestarian

Air Selangor berusaha untuk memberikan tahap perkhidmatan tertinggi kepada pengguna dengan menyediakan bekalan air yang selamat, berterusan, mudah didapati serta berpatutan mengikut tahap kepuasan mereka menerusi penambahbaikan sistem pengedaran dan rawatan air, serta pengurangan air tidak terhasil (NRW).

Lihat selanjutnya

Inovasi & Teknologi

Kami beraspirasi untuk menjadi kemudahan air digital pada masa hadapan. Kami telah melaksanakan penggunaan digital bermula April 2019, menerusi Forum Pemacu Digital Air Selangor 2019.

Lihat selanjutnya

Corporate Governance

Air Selangor is fully committed to the highest standards of corporate governance whilst pursuing our vision and mission to deliver the best experience to our customers in our journey to be the leading water services provider in Asia by 2030. The Board recognises the importance of governance and plays an active role in administering the Company’s governance practices and framework to ensure its relevance and ability to meet future challenges.

Learn more