Kenyataan Polisi Pemberian Maklumat

Air Selangor mengharapkan semua warga kerja dan rakan perniagaan menjalankan perniagaan dengan penuh integriti . Pelanggaran mana-mana polisi Air Selangor, komitmen yang dibuat melalui kewajiban kontrak, atau tingkah laku yang tidak selaras dengan nilai dan / atau undang-undang Air Selangor, tidak boleh diterima sama sekali kerana ia akan menjejaskan integriti operasi perniagaan kami.

Oleh itu, Polisi Pemberian Maklumat disediakan untuk memastikan sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan tidak wajar yang dilakukan oleh warga kerja atau rakan perniagaan kami, dapat menyalurkan maklumat dengan yakin dan tanpa rasa takut akan kesannya. Tingkah laku yang tidak wajar merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

  1. Penipuan dan / atau rasuah
  2. Sebarang kesalahan jenayah
  3. Ketidakpatuhan terhadap polisi / prosedur syarikat dan lain-lain
  4. Gangguan terhadap Anggota Lembaga Pengarah, pengurusan kanan dan / atau warga kerja kami
  5. Pendedahan maklumat syarikat yang tidak dibenarkan
  6. Penyalahgunaan kuasa
  7. Penyembunyian mana-mana perkara di atas

Melapor dengan Niat Baik

Semasa melaporkan sebarang salah laku, Air Selangor mengharapkan anda melaporkan perkara tersebut dengan niat baik, dan dengan alasan yang munasabah. Sebarang laporan yang dianggap mala fide boleh dikenakan tindakan tertentu, termasuktindakan undang-undang oleh pihak yang dilaporkan.

Perlindungan Terhadap Tindak Balas

Semasa melaporkan sebarang salah laku, kami akan memastikan identiti anda dirahsiakan daripada pihak-pihaklain selain daripada penerima laporan untuk memastikan anda tidak menerima sebarang tindak balas. Mana-mana pihak yang membalas dendam terhadap seseorang yang melaporkan dengan niat baik akan dikenakan tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat

Air Selangor sebagai entiti perniagaan tidak mempunyai kuasa untuk memberi perlindungan di bawah Akta yang disebutkan di atas. Sekiranya anda memerlukan perlindungan di bawah Akta ini, anda boleh melaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau menghubungi [email protected] untuk rundingan.

Bagi memastikan anda mempunyai akses ke platform pemberi maklumat Air Selangor, saluran berikut telah disediakan:

  1. Emel – [email protected]
  2. Salurkan laporan anda ke Pemberi Maklumat

Sebarang laporan yang diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga (BAC) akan diserahkan kepada pasukan penyiasat yang dilantik oleh BAC. Kami menerima semua laporan termasuk laporan tanpa nama dan akan menyiasat laporan berdasarkan maklumat yang diberikan dengan adil. Walau bagaimanapun, laporan tanpa nama

tidak digalakkan kerana kami tidak akan dapat membuat tindakan susulan dengan orang yang melaporkan untuk mendapat maklumat tambahan (jika diperlukan).

 

Bagaimana kami menangani laporan anda?

Kenyataan Pemberi Maklumat Ini Dipetik Dari Polisi dan Prosedur Pemberi Maklumat Air Selangor "WBPP" (AIS-P-011)

 

Bawa Saya Ke Pemberi Maklumat