Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif CSR Sesama Mara

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan suasana di bulan Ramadan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

 

Antara aktiviti tersebut adalah dengan meraikan anak-anak yatim daripada rumah kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada itu, Air Selangor juga mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim tersebut dengan jamuan berbuka puasa bagi bersama-sama menikmati suasana Ramadan.

 

Dalam pada itu, Air Selangor juga telah mengagihkan bubur lambuk kepada rumah anak yatim, keluarga B40 dan komuniti setempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor dan Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Sabak Bernam.

 

Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope sebanyak 100 kotak kepada keluarga B40 di Flat Seri Kenari, Kajang. Sejak mula diperkenalkan pada 30 Jun 2020, sebanyak 5,175 kotak Box of Hope telah diagihkan kepada keluarga B40 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Orang ramai boleh menyumbang kepada Box of Hope secara fizikal di lima (5) lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang. Selain itu, Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara digital melalui laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/.

 

Sesama Mara merupakan inisiatif akar umbi yang bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/sesamamara/.

 

-TAMAT- 

Related posts

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …

default
Air Selangor Santuni Tiga Rumah Kebajikan Sempena Sambutan Krismas
Siaran

21 Disember 2023 Kuala Lumpur – Bagi berkongsi kegembiraan sempena Hari Krismas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di …