Notis Privasi
Polisi Perlindungan Data Peribadi
Para pelanggan yang kami hargai,
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah mula dikuatkuasakan pada 15 November 2013 oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersil. Di bawah akta ini, kami di Air Selangor diwajibkan untuk memaklumkan anda sebagai pelanggan kami berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan untuk diproses oleh pihak kami serta bagi maksud-maksud berkaitan pemprosesan data tersebut.
Justeru itu, bagi makluman anda, data peribadi serta maklumat lain (secara keseluruhan dirujuk sebagai "Data Peribadi") yang telah anda berikan di dalam pendaftaran permohonan bekalan air termasuk lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, dan akan dilanjutkan, digunakan dan diproses oleh pihak Air Selangor untuk tujuan-tujuan berikut:-
- untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan bekalan air dan/atau perkhidmatan yang berkaitan di premis anda;
- untuk menyelia pangkalan data pelanggan dan proses berkaitan perkhidmatan pelanggan;
- untuk pembilan dan pemprosesan bayaran;
- untuk menghubungi dan memaklumkan anda;
- untuk menjawab sebarang pertanyaan anda;
- untuk hal-hal pentadbiran;
- untuk memenuhi keperluan pematuhan undang-undang dan statutori;
- untuk analisis dan perancangan termasuk rekod sejarah dan statistik;
- untuk perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan am yang disediakan oleh Air Selangor;
- untuk menyiasat aduan dan transaksi yang disyaki mencurigakan.
Data peribadi ini adalah penting untuk kami. Jika anda tidak dapat memberikan data peribadi anda seperti yang diperlukan, kami tidak dapat menyimpan data terperinci anda, justeru mempengaruhi keupayaan kami untuk memenuhi tujuan-tujuan di atas.
Pendedahan Maklumat Anda
Pihak kami mungkin akan menyerahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:
- Agen-agen dan kontraktor-kontraktor (termasuk yang berada di luar negara) yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan tujuan-tujuan berkaitan pengumpulan data perbiadi;
- Pihak ketiga (termasuk yang berada di luar negara) yang memberikan perkhidmatan pemprosesan data peribadi;
- Dalam keadaan di mana terdapat kelewatan atau kelalaian pembayaran, kepada peguam-peguam yang dilantik, agensi-agensi pengutip hutang, agensi-agensi pelaporan kredit; dan
- Mana-mana orang perseorangan yang memengang tanggungjawab kerahsiaan dalam menyimpan data peribadi.
Pihak kami juga boleh mendedahkan data peribadi apabila dikehendaki untuk memenuhi kewajipan undang-undang jika perlu, sebagai contoh (i) pematuhan terhadap keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah, atau proses perundangan; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak-hak serta harta benda Air Selangor dan warga kerja.
Akses, Pembetulan dan Aduan
Jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan atau memohon akses atau pembetulan tentang data peribadi, anda boleh menghubungi pegawai perlindungan data peribadi di Jabatan Perundangan kami dengan membuat panggilan di talian 03 - 2088 5400 atau faks 03 - 2088 5122 dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang, atau emel kami di [email protected]. Sebarang permohonan akses atau pembetulan data peribadi adalah tertakluk kepada fi dan keperluan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Di mana anda memilih untuk mengehadkan hak kami untuk memproses data peribadi anda, sila serahkan permohonan bertulis anda kepada pegawai perlindungan data peribadi kami seperti tertera di atas.