1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
  3. Premis kediaman mempunyai meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Mohon Akaun Air Anda Secara Dalam Talian Sekarang Daftar Sekarang

Anda Juga Boleh Menghantar Permohonan Di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Kami Muat Turun Borang

Borang Penamatan/Pembatalan Skim Air Selangor Muat Turun Borang

Sekiranya Anda Memerlukan Maklumat Lanjut, Sila Rujuk Soalan Lazim FAQ

SKIM AIR DARUL EHSAN

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000?

Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).

Kami menyewakan rumah. Bolehkah penyewa saya memohon walaupun akaun air adalah didaftar atas nama saya?

Ya, penyewa Tuan/Puan boleh memohon sekiranya layak dan menepati syarat-syarat permohonan.

Saya tinggal di Putrajaya tetapi mempunyai rumah di Negeri Selangor, adakah saya layak untuk memohon?

Ya, Tuan/Puan layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan bagi premis yang terletak di Negeri Selangor tetapu tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.