Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inisiatif Berteraskan Kelestarian Untuk Kesejahteraan Pengguna

Disiarkan pada 22 Februari 2024

 

Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meneruskan komitmen jitu terhadap usaha kelestarian yang diperkukuh dengan menekankan inovasi dan tanggungjawab dalam menyediakan bekalan air yang terawat, bersih dan mampan kepada 9.3 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Sorotan daripada usaha ini juga, Air Selangor telah berjaya mencapai pelbagai pencapaian yang membanggakan selari dengan janji jenama ‘Joy in Every Drop’. Antara pencapaian Air Selangor pada tahun 2023 termasuk:

 

  • Kerja-kerja penggantian paip: 1,008.56 kilometer paip usang telah diganti sejak 2016 di bawah program penggantian paip,
  • PBI: Mencapai Indeks Paip Pecah (PBI) sebanyak 4.18 kes paip pecah setiap 100 kilometer, lebih rendah daripada penanda aras antarabangsa PBI sebanyak 13 kes paip pecah setiap 100 kilometer,
  • NRW: Mencapai kadar Air Bukan Terhasil (NRW) sebanyak 27.75%,
  • Margin rizab air: Meningkatkan margin rizab air kepada 15.34% daripada 12.02%, peningkatan ketara daripada hanya 3% pada 2015,
  • Pembangunan aset baharu: Beralih dari fasa perancangan dan reka bentuk pembinaan ke fasa kemajuan pelaksanaan pembinaan projek mega Skim Bekalan Air Rasau Peringkat 1 setelah acara pecah tanah projek disempurnakan. Sehingga 31 Januari 2024, kemajuan projek ini adalah 12.14% dan dijangka siap pada penghujung 2025 bagi membekalkan 700 juta liter air terawat yang bersih dan selamat setiap hari untuk meningkatkan lagi margin rizab air,
  • Kualiti air: Mematuhi Piawaian Kualiti Air Minuman KKM iaitu 99.92%, pematuhan melebihi 99% secara konsisten untuk tiga tahun berturut-turut,
  • Inisiatif kelestarian: Melancarkan inisiatif Visi Tenaga Net Zero 2040 ke arah penggunaan tenaga lestari yang cekap bagi mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang 2040, serta turut menyokong komitmen Malaysia terhadap neutraliti karbon menjelang 2050. Air Selangor telah berjaya memulakan fasa pertama dengan pemasangan panel fotovoltaik solar (PV) dengan kapasiti 9 megawatt (Mwac) di Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Selangor Fasa 2 dan 10.5MWac di LRA Sungai Selangor Fasa 3;
  • Pembangunan fasiliti baharu: melancarkan fasiliti Hydrolytics MetLab untuk merekodkan penggunaan air yang tepat dan mengurangkan kemerosotan rekod penggunaan air (degradation) pada setiap masa kepada para pengguna yang semakin meningkat. Hydrolytics MetLab juga telah menerima perakuan Malaysia Book of Records sebagai makmal meter air pertama di Malaysia yang berkemampuan menguji paip berdiameter 200mm.
  • Sesama Mara: Di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara, hampir 2,000 keluarga, individu dan rumah kebajikan telah dibantu,
  • Kesihatan mental: Melancarkan kempen #SembangKalauBimbang yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kesejahteraan mental dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

 

Melangkah ke tahun 2024, pelbagai inisiatif pelaburan Air Selangor dapat terus dipergiatkan susulan daripada pelarasan tarif air baharu yang telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2024. Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab demi membina daya tahan dan kelestarian bekalan air, serta meningkatkan mutu perkhidmatan Air Selangor untuk kesejahteraan para pengguna pada masa hadapan. Pelarasan tarif air ini dapat memanfaatkan para pengguna menerusi pelbagai inisiatif berikut:

  • Kerja-kerja penggantian paip: Meningkatkan program penggantian paip daripada 150km setahun kepada 300km setahun bermula 2024, dan kemudiannya 400km setahun bermula 2034. Ini membolehkan 5,000km paip usang dapat diganti dalam tempoh 15 tahun (2040).
  • Margin rizab air: Meningkatkan margin rizab air kepada 20% pada 2030 dengan membina Loji Rawatan Air (LRA) baharu:
    • LRA Rasau Peringkat 1: Siap 2025
    • LRA Penyahgaraman Pulau Ketam: Siap 2026
    • LRA Rasau Peringkat 2: Siap 2028
    • LRA Labohan Dagang Fasa 2: Siap 2029
  • NRW: Mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) secara konsisten kepada 27.5% pada 2025 dan 25% pada 2030 dengan menambah 100 District Metering Zone (DMZ) setahun bagi mencapai liputan sebanyak 80% pada 2028, memperkenalkan Pressure Management Zone (PMZ) sebanyak 20 PMZ setahun, pemasangan Pressure Transient Station dan Permanent Leak Noise Correlating Logger serta mempertingkatkan jumlah Leak Inspector daripada 187 orang kepada 261 orang pada 2024.
  • Pemulihan dan peningkatan aset: Mempertingkatkan kerja-kerja pemulihan, peningkatan dan menaik taraf aset Air Selangor seperti pembinaan kolam air, rumah pam dan pemasangan paip baharu di kawasan yang mengalami tekanan air rendah.
  • Kualiti air: Mengekalkan tahap kualiti air pada tahap 99% mengikut piawaian KKM menerusi kerja-kerja pencucian kolam air dan paip kepada 321 dan 11,833km masing-masing serta penambahan pemasangan online analyser untuk memantau kualiti air sebanyak 190 buah kepada 300 buah dalam tempoh tiga tahun akan datang.
  • Customer Experience: Memudahkan pengguna berkomunikasi dengan Air Selangor untuk memberi maklum balas menerusi usaha naik taraf aplikasi Air Selangor dan portal aduan pengguna kepada “super app” dan “super web”.
  • Komuniti: 285,673 penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) akan terus menerima air percuma untuk 20 meter padu pertama. Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor akan terus menyantuni golongan B40 menerusi pengagihan penyediaan keperluan makanan asas di bawah program Box of Hope; terus menyediakan pendidikan dalam talian yang mampan untuk pelajar B40; serta meningkatkan usaha sukaralewan di kalangan warga kerja Air Selangor.

 

Dengan semua inisiatif yang dirancang ini, Air Selangor akan terus memacu kemajuan yang telah dibina dan terus komited terhadap usaha kami dengan mengaplikasikan piawaian kecemerlangan tertinggi pada setiap aspek – daripada mengabstrak air kepada pengagihan air terawat yang bersih dan selamat kepada rumah dan perniagaan.

 

Untuk maklumat lanjut tentang air dan Air Selangor, sila layari Hydro Hub, platform kandungan sehenti Air Selangor di hydrohub.airselangor.com.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …

default
Air Selangor Santuni Tiga Rumah Kebajikan Sempena Sambutan Krismas
Siaran

21 Disember 2023 Kuala Lumpur – Bagi berkongsi kegembiraan sempena Hari Krismas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di …