Kemaskini Akaun

Layari Portal Pelanggan Air Selangor untuk menyemak dan mengemaskini akaun anda, membayar bil atau mengemukakan pertanyaan dan aduan. Sokong usaha kami untuk ke arah mesra alam dan beralih ke e-Bil untuk menerima bil anda melalui WhatsApp atau emel.

Cari Tukang Paip

Perlukan perkhidmatan tukang paip? Cari tukang paip yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berdekatan anda.

Berikut adalah jenis permit Industri Perkhidmatan Air (IPA) untuk tukang paip yang diiktiraf oleh SPAN:

  • IPA Jenis A1: Merujuk kepada pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan seksyen paip air perkhidmatan selepas titik meter dan perpaipan dalaman.
  • IPA Jenis A2: Merujuk kepada pembinaan, penyambungan, penguahsuaian atau pembaikan sistem bekalan air sebagaimana yang dinyatakan di bawah Jenis A1 di atas dan paip perhubungan.

Cari tukang paip

Guna Air Dengan Bijak

Perubahan kecil yang mudah dilaksanakan dalam rutin harian boleh membawa perubahan yang besar kepada penggunaan air yang dibilkan kepada anda. Kita semua memainkan peranan, walaupun yang kecil, dalam memulihara sumber air dan alam sekitar dengan menggunakan air secara berhemat. 

Jimat Air, Jimat Wang