AIR SELANGOR KONGSI KECERIAAN KRISMAS BERSAMA ANAK-ANAK KURANG BERNASIB BAIK

23 DISEMBER 2020

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terus aktif menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara dengan berkongsi keceriaan perayaan Krismas bersama anak-anak kurang bernasib baik daripada Rumah Victory di Taman OUG, Jalan Klang Lama dan Rumah K.I.D.S di USJ, Subang.

Dalam program ini, Air Selangor telah menyumbang barangan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan dan barangan rumah kepada Rumah Victory dan Rumah K.I.D.S. Anak-anak di rumah perlindungan ini juga diberi hadiah bersempena sambutan Krismas yang akan disambut pada Jumaat ini.

Sumbangan ini diharap dapat membantu rumah-rumah perlindungan ini dalam menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi untuk menyambut perayaan Krismas dalam situasi sukar ketika pandemik COVID-19 ini.

Dalam pada masa yang sama, Air Selangor turut bekerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit (KTJ) untuk membantu golongan wanita B40 yang mempunyai kemahiran menjahit untuk menghasilkan pelitup muka untuk diagihkan kepada kesemua warga kerja Air Selangor. Sebanyak 5,000 pelitup muka telah ditempah dengan KTJ yang secara langsung memberi pendapatan tambahan kepada komuniti yang terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 ini. Air Selangor turut bekerjasama dengan pertubuhan seni KL Sketch Nation untuk menghasilkan rekaan pelitup muka ini.

Program Sesama Mara merupakan inisiatif akar umbi yang bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di sini.

– TAMAT –

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …