Sesama Mara

Sesama Mara (#SesamaMara) adalah tema program Tanggungjawab Sosial Korporat Air Selangor. Program ini merangkumi inisiatif akar umbi bagi membantu masyarakat sekeliling serta memperkukuhkan hubungan kami dengan komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Box Of Hope

Dengan konsep menyebarkan kebaikan, program CSR Sesama Mara Air Selangor yang pertama ini menyeru para pelanggan untuk menyumbang makanan asas ke dalam kotak ‘Box of Hope’ yang diletakkan secara strategik di lima cawangan Village Grocer di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Program ini adalah usaha sama Air Selangor dengan Village Grocer dan Yayasan Food Bank yang mana barangan yang terkumpul akan disumbangkan kepada ahli masyarakat sekitar Lembah Klang yang memerlukan bantuan melalui kerjasama dengan Yayasan Food Bank.

Selanjutnya

Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip

Program Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip Air Selangor adalah sebuah kursus kemahiran tukang paip yang bertujuan membantu individu yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19. Melalui program peningkatan kemahiran ini, mereka yang layak boleh menerokai peluang dan mendapat kerjaya baharu dalam sektor pertukangan paip untuk mencari pendapatan.

Air Selangor bekerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) untuk menyediakan kursus kepada para peserta yang layak dalam kemahiran asas teknikal seperti pertukangan paip yang melibatkan pemasangan, penyenggaraan dan pembaikan paip.

Muat turun borang

Perkhidmatan Pembaikan Paip Dalaman Untuk Golongan Kurang Mampu

Air Selangor amat memahami kesusahan pengguna yang kurang mampu untuk menampung kos membaiki paip dalaman individu di rumah. Bermula 14 Ogos 2020, Air Selangor menyediakan kemudahan kepada golongan kurang mampu untuk memohon tajaan membaiki paip bocor kepada pengguna yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), serta di perumahan kos rendah dan luar bandar.

Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Setiap pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Air Selangor. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, muat turun borang dan syarat-syarat kelayakan
sekarang!

Muat turun borang

Memperkasa Pembelajaran Atas Talian: Untuk Anak-Anak Warga Air Selangor

Menyedari kos sara hidup semasa dan keperluan norma baharu ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini, Air Selangor telah memberikan bantuan kepada warga kerjanya menerusi inisiatif program Memperkasa Pembelajaran Atas Talian.

Memahami keperluan sistem pembelajaran norma baharu di atas talian dan sesi persekolahan yang bermula pada 21 Januari 2021, warga kerja yang layak akan menerima satu unit komputer riba setiap seorang, capaian internet selama setahun, dan set kelengkapan persekolahan (cth: baju dan beg sekolah) untuk kegunaan anak-anak warge kerja yang bersekolah.

Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan sedikit beban kewangan yang perlu ditanggung oleh warga kerja Air Selangor terlibat.

Baca selanjutnya

Memperkasa Wanita B40: Pelitup Muka Air Selangor

Program Memperkasa Wanita B40 ini adalah sebuah program kerjasama dengan dua usahawan sosial. Air Selangor bekerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit (KTJ) yang membantu wanita dalam golongan B40 yang terjejas pendapatan isi rumah akibat situasi pandemik COVID-19 untuk mencari pendapatan baharu, dan juga bersama KL Sketch Nation yang mengajak komuniti kreatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menerusi hasil karya seni.

Melalui kerjasama dengan KTJ untuk menghasilkan sebanyak pelitup muka yang boleh diguna semula untuk kegunaan warga kerja kami ini, Air Selangor secara tidak langsung dapat membantu komuniti wanita dari golongan B40 menjana pendapatan isi rumah mereka terutama dalam situasi pandemik COVID-19 ini.