TINDAKAN MENSTABILKAN SISTEM AGIHAN BEKALAN AIR DI 7 WILAYAH SEDANG GIAT DILAKSANAKAN OLEH AIR SELANGOR

1:00 PM

 

Kuala Lumpur – Berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dalam tempoh 5 jam disebabkan pencemaran air mentah di Sungai Selangor pagi tadi, Air Selangor mendapati sistem agihan bekalan air berada dalam keadaan tidak stabil yang mana kebanyakan tangki-tangki air di kawasan perumahan mengalami penyusutan yang mendadak pada pagi ini.

Justeru itu, sebanyak 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat akan mengalami tekanan air rendah dan bekalan air tidak stabil. Para pengguna yang terjejas dijangka akan menerima bekalan air  yang stabil bermula jam 3.00 petang hari ini secara berperingkat-peringkat. Senarai kawasan yang terlibat boleh dirujuk pada Lampiran A.

Air Selangor akan menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …