STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

8 April 2021, 7:00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada 6 April 2021.

 

Sehingga jam 6:00 pagi, sejumlah 66%, bersamaan dengan 38  daripada 58 kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya yang mana para pengguna yang terjejas di Wilayah Gombak telah pulih sepenuhnya. Manakala, sejumlah 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur masih belum pulih.

 

Peratusan kawasan yang telah pulih mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

WILAYAH STATUS PEMULIHAN KAWASAN

(%)

Kuala Lumpur 57%
Gombak 100%

 

Senarai kawasan yang masih belum menerima bekalan air sepenuhnya seperti di Lampiran A.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

 

SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH

GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL YANG BERLAKU DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP DI JAJARAN PAIP AIR MENTAH DARI EMPANGAN KLANG GATES DAN MENYEBABKAN HENTI TUGAS SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR BUKIT NANAS DAN WANGSA MAJU

8 APRIL 2021, 6:00 PAGI

 

WILAYAH KUALA LUMPUR

Bukit Bandaraya Kampung Datuk Keramat Taman Bandaraya
Bukit Bangsar Kampung Padang Merbok Taman Bangsar
Bukit Bintang Kuala Lumpur City Center 1 Taman Bangsar Baru
Hampshire Park Kuala Lumpur City Center 2 Taman Lucky
Imbi Parlimen Tasik Perdana
Jalan Sultan Hishamuddin Persiaran Sultan Salahuddin Tijani
Jalan Travers Pudu

 

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …