Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Di Kawasan USJ 1 Hingga USJ 27

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di kawasan USJ 1 hingga USJ 27. Ini berikutan insiden penurunan paras kolam air di Kolam Air Sime UEP, USJ disebabkan oleh masalah teknikal pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP di Kg. Kenangan Puchong.

Bekalan air telah mula dibekalkan pada jam 2:00 pagi ini secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna di kawasan USJ 1 hingga USJ 27 setelah ujian kualiti air yang dijalankan di kolam tersebut memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang hari ini. Air Selangor amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna dan akan terus berusaha untuk memulihkan bekalan air.

Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …