STATUS TERKINI KERJA PEMBAIKAN PAIP PUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI DAMANSARA UTAMA [30 Dis 2020, 5PM]

5:00 PM

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja bagi membaiki paip yang terputus disebabkan oleh tanah runtuh di Damansara Utama berjalan lancar.

Setakat jam 4:00 petang tadi, kerja-kerja pembaikan paip tersebut telah mencapai 54% siap, sejak dimulakan pada jam 12:30 tengah malam tadi. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 31 Disember 2020. Kerja-kerja pembaikan yang sedang dilaksanakan adalah pengalihan sementara paip bersaiz 1000 mm yang mana paip ini akan diletakkan di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT untuk menyegerakan semula pengagihan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas. Dalam pada itu, aspek keselamatan pekerja sentiasa menjadi keutamaan bagi Air Selangor untuk memastikan semua kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air dapat dilaksanakan dengan baik.

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki sedang digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui tangki statik yang diletakkan di dua Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang telah disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan PKS yang disediakan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

 

LAMPIRAN A

SENARAI 43 KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH PETALING PADA 30 DISEMBER 2020

WILAYAH PETALING
Eastin Hotel Icon City Kampung Padang Tembak
Kampung Bukit Lanjan Kampung Sungai Kayu Ara Kampung Sungai Penchala
Kelab Menembak Subang Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)
Paradigm Mall Phileo Damansara, KL Pinggiran TTDI
PJU 1A, Ara Damansara PJU 3, Kota Damansara PJU 6, Pelangi Damansara
PJU 7, Mutiara Damansara PJU 8, Damansara Perdana Seksyen 11 – 14, PJ
Seksyen 16 – 17, PJ Seksyen 19 – 22, PJ SS1- SS8 (FTZ)
SS9A SS20 – SS22 Taman Suria
Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Tropicana Golf & Country Club Universiti Malaya

 

SENARAI 20 KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR PADA 30 DISEMBER 2020

WILAYAH KUALA LUMPUR
Keseluruhan Bukit Kiara Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Pusat Sukan Bukit Kiara
Pusat Sains Negara Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kelab Diraja Selangor
Suruhanjaya Sekuriti Bahagian Teknologi Pendidikan Kompleks Belia & Sukan
Jalan Bukit Kiara Jalan Bukit Kiara 1 Keseluruhan Bukit Damansara
Keseluruhan Taman Bukit Damansara Keseluruhan Medan Damansara Keseluruhan Damansara Town Centre
i-Damansara Taman Damansara Endah Taman Seri Beringin
Jalan Gegambir Jalan Belimbing

 

LAMPIRAN B

LOKASI PUSAT KHIDMAT SETEMPAT (PKS)

WILAYAH LOKASI KOORDINAT
PETALING SS7 3.09311, 101.59821
Jalan Harapan, Seksyen 17 3.129077, 101.630074

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …