Status Pemulihan Bekalan Air Berikutan Kerja-Kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan dan Penggantian Aset Di Loji Rawatan Air Sungai Langat

7:00 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat berikutan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat).

Setakat jam 6:00 petang, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat adalah 64.6%. Bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas di wilayah Hulu Langat telah pulih sepenuhnya manakala bekalan air bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas di wilayah Petaling dan Kuala Lumpur dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 13 Oktober 2023 (Jumaat). Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Air Selangor akan terus menggerakkan 81 lori-lori tangki air secara aktif untuk kawasan-kawasan yang masih terjejas ini dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Di sebalik segala usaha kami untuk meminimakan impak yang disebabkan oleh isu teknikal di lapangan yang tidak dapat dielakkan, tempoh pemulihan terpaksa dilanjutkan bagi memastikan bekalan air terawat yang bersih dan selamat dapat disalurkan kepada para pengguna. Air Selangor memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pengguna disebabkan oleh kelewatan pemulihan penuh ini. Fokus kami kini adalah untuk memastikan proses pemulihan bekalan air berjalan dengan lancar.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …