STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT & KUALA SELANGOR – (21 Oktober 2020, 7:00 malam)

SIARAN MEDIA – SEGERA

21 Oktober 2020, 7:00 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)  ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran pada 19 Oktober 2020.

 

Sehingga jam 6:00 petang hari ini, bekalan air telah pulih sepenuhnya di wilayah Hulu Selangor dan Kuala Lumpur. Ini menjadikan sejumlah 1,217 (94%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 75 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

99.7 %

Klang/ Shah Alam

86 %

Gombak

83 %

Kuala Lumpur

100 %

Hulu Selangor

100 %

Kuala Langat

75 %

Kuala Selangor

99.6 %

 

Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

 

Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan. Air Selangor berharap para pengguna menggunakan bekalan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Bantuan bekalan alternatif di pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Di samping itu, Air Selangor juga telah menggerakkan lori tangki air untuk menghantar bekalan air ke kawasan yang terjejas. Air Selangor menghargai bantuan daripada majlis perbandaran tempatan dan operator air negeri lain yang telah menghantar bantuan lori tangki antaranya sebuah dari Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), sebuah dari Syarikat Air Terengganu (SATU), dua buah dari Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), dua buah dari Lembaga Air Perak (LAP), dua buah dari Majlis Perbandaran Klang (MPK), dua buah dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan 10 buah dari Ranhil SAJ Sdn Bhd.

Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.               

 

– TAMAT –

 

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

 

 

Lampiran A – Senarai Kawasan Yang Belum Pulih

 

PETALING

KLGCC

 

KLANG / SHAH ALAM

Bandar Parkland

Perindustrian Pulau Indah Fasa 2

Seluruh Perepat

Berjaya Park

Pulau Ketam

Seluruh Sementa

Bukit Kapar

Seksyen 19

Sg Sireh

Bukit Kerayong

Seksyen 20

Taman Samudera

Jalan Kebun

Seksyen 23

Taman Sentosa

Jalan Samarinda (Taman Mesra Indah)

Seksyen 24

Taman Sri Andalas

Kg Pulau Indah

Seksyen 25

Taman Radzi Teluk Gadong Besar

Kg Teluk Gong

Seksyen 7

Westport

 

GOMBAK

Ampang Avenue

Kg Tasek Permai

Taman Keramat AU4

Ampang Jaya

Mesra Ria Apartment

Taman Keramat AU5

Ampang Utama

Riana Ukay

Taman Kesuma

Ampang Waterfront

Taman Ampang Mewah

Taman Permai Jaya Ampang

Apartment Mesra Prima

Taman Bdr Baru Ampang

Taman Permai Villa

Apartment Mesra Villa

Taman Bukit Ampang

Taman Perwira Ampang

Apartment Sri Nilam

Taman Cahaya Indah

Taman Sri Ampang

Bukit Antarabangsa

Taman Dagang Permai

Taman Sri Bayu

Hillside Estate

Taman Dato Ahmad Razali

Taman Sri Merdeka

Kepong Baru (Jalan Lang)

Taman Fairuza Ampang

Taman Sri Raya

Kg Ampang Campuran

Taman Grandview Ampang

Taman Sri Watan

Kg Ampang Indah

Taman Halaman

Taman TAR

Kg Baru Ampang

Taman Hijau

Taman Tasek Tambahan

Kg Indah Permai

Taman Keramat AU1

Taman Ukay Indah

Kg Melayu Ampang

Taman Keramat AU2

Taman Ukay Perdana

Kg Muhibbah

Taman Keramat AU3

 

KUALA LANGAT

Batu 7 hingga Batu 9 Sijangkang & Batu 9 Kg Medan

Batu 9 Kebun Baru

 

KUALA SELANGOR

Bukit Kerayong

 

Related posts

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …

default
Air Selangor Celebrates Three Charity Homes in Conjunction with Chr...
Press

21 December 2023 Kuala Lumpur – In sharing the joy of Christmas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) under …