PROGRAM AIR SELANGOR RIVER CARE SEMPENA SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA

27 SEPTEMBER 2020

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengadakan Program Air Selangor River Care bersama komuniti di sekitar Sungai Kuang, Kampung Gombak hari ini sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia.

Program ini dianjurkan sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab komuniti yang tinggal di kawasan berhampiran lembangan sungai supaya memulihara dan memelihara sungai yang merupakan sumber air mentah utama kepada 34 loji rawatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program Air Selangor River Care mendapat sambutan mengalakkan daripada 150 orang penduduk Kampung Gombak, Kuang dan 50 orang warga kerja Air Selangor dari ibu pejabat dan Pejabat Wilayah Hulu Selangor. Kesemua peserta terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan Sungai Kuang iaitu salah satu sungai utama yang mengalir ke dalam lembangan Sungai Selangor di mana Sungai Selangor merupakan sumber air mentah utama untuk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dan kemudiannya air bersih yang dihasilkan terus dibekalkan kepada 60 peratus pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

Air Selangor juga menyediakan kaunter penggumpulan bahan buangan elektronik sebagai langkah untuk memupuk komuniti peka kitar semula dengan membuang bahan buangan elektronik secara mesra alam. Pertandingan mewarna dan sukaneka bagi kanak-kanak serta pertandingan menganyam ketupat oleh Persatuan Wanita Kampung Gombak turut diadakan untuk mengeratkan hubungan Sesama Mara Air Selangor bersama komuniti setempat.

Program Air Selangor River Care telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi Kamaralzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor. Turut hadir dalam program ini adalah Penghulu Mukim Kuang, En. Azmudin Haji Lakimin.

“Tangunggjawab untuk memelihara sungai bukan hanya terletak pada pihak berkuasa tetapi juga komuniti di sekitar sungai untuk memastikan kualiti air sungai tersebut dijaga. Melalui program ini, kami juga ingin menggalakkan komuniti yang tinggal di kawasan lembangan sungai untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam melaporkan sebarang aktiviti penceramaran atau aktiviti yang mencurigakan di sekitar kawasan sungai”, tambah beliau.

Program pemeliharan sungai Air Selangor ini merupakan inisiatif jangka panjang Air Selangor untuk menggalakkan komuniti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tinggal berhampiran di kawasan lembangan sungai memelihara sungai mereka daripada tercemar dan mengelakkan gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai.

 

TAMAT

Related posts

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …

default
Air Selangor Celebrates Three Charity Homes in Conjunction with Chr...
Press

21 December 2023 Kuala Lumpur – In sharing the joy of Christmas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) under …