LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1, 2, 3 DAN RANTAU PANJANG MASIH BELUM BEROPERASI (4 September 2020, 3:00 petang)

4 September 2020, 3:00 petang

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi. Sehingga jam 2:30 petang, pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 1 TON.

 

Air Selangor memandang serius isu pencemaran yang berlaku ini kerana telah menyebabkan henti tugas melebihi 24 jam dan proses pemulihan dijangka memakan masa yang lebih lama bagi memastikan semua pengguna yang terjejas mendapat bekalan air semula. LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 masih belum dapat beroperasi semula buat masa ini. LRA-LRA ini akan hanya mula beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh sebanyak tiga kali berturut-turut. Apabila mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh 4 hari.

Henti tugas ini telah menyebabkan Air Selangor tidak dapat mengagihkan air sebanyak 2,767 juta liter sehari kepada para pengguna melibatkan 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/ Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

 

Bantuan bekalan air terus diagihkan melalui lori-lori tangki air. Pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya. Lokasi pili awam telah ditambah dari semasa ke semasa bagi membantu para pengguna mendapatkan bekalan air alternatif. Lokasi pili awam adalah seperti di Lampiran A.

 

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.          

 

– TAMAT –

 

Lampiran A

 

 

WILAYAH

Lokasi PKS

PILI AWAM

 

 

 

 

 

Petaling

Kota Damansara (Dewan MBPJ, Jalan Nuri Seksyen 7)

(Koordinat: 3.1694868, 101.5755354)

Taman Wawasan

(Koordinat: 3.033111, 101.619235)

Sg Buloh – (Jalan Kubu Gajah, Tmn Seri Buloh U19/1A),

(Koordinat: 3.203082, 101.542886)

Jalan USJ 2/2G

(Koordinat: 3.059312, 101.590855)

Taman Bukit Kuchai (Jalan 23, Tmn Bkt Kuchai),

(Koordinat: 3.0564852, 101.6377362)

Berdekatan Depoh MPSJ Jalan TP2 Tmn Perindustrian Subang UEP Subang Jaya

(Koordinat: 3.043840 , 101.566718)

PJS (Jalan PJS 1/25, Berdekatan Gelangang Futsal),

(Koordinat: 3.0781789, 101.6464359)

Di Tepi Jalan USJ 1/3 Persiaran Subang Mewah Subang Jaya

(Koordinat: 3.053193 , 101.604863)

SS13 Kompleks 3K,

Koordinat: 3.068402, 101.593201

 

 

Gombak

Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara

(Koordinat: 3.187339,101.611097)

Lembah Jaya Selatan

(Koordinat: 3.139853,101.783995)

Jalan 23/56, AU3 Keramat

(Koordinat: 3.181832,101.749895)

AU3, Keramat

(Koordinat: 3.179890,101.753372)

AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai

(Koordinat: 3.141380,101.779505)

Jln 10, Tmn Greenwood (berhampiran shell)

(Koordinat: 3.235000,101.703527)

 

Jln Seri Wangsa 2, Villa Wangsamas

(Koordinat: 3.192888, 101.738059)

 

Sek.Men. Keb.Sg Pusu Tmn Mutiara Gombak

(Koordinat: 3.237601,101.717761)

 

Jln Mutiara 6, Tmn Selayang Mutiara

(Koordinat: 3.256375,101.662488)

Kuala Lumpur

Parkir Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, KL

(Koordinat: 3.171411, 101.671067)

Kuaters JKR Sg Besi

(Koordinat: 3.103895 , 101.701749)

Sebelah Padang Bola HKL, Lorong Raja Muda Abd Aziz, KL

(Koordinat: 3.172222, 101.706056)

Padang Merbok

(Koordinat: 3.153137 , 101.686275)

 

 

Klang

Masjid As Saadah, Lingkaran Sultan Abd Samad 2, Bdr Sultan Sulaiman

(Koordinat: 3.026308,101.375898)

Persiaran Setia Murni, Setia Alam

(Koordinat: 3.1066463, 101.4519469)

Tmn Rekreasi Bdr Parkland, Jln Delima 8, Bdr Parkland.

(Koordinat: 2.967889,101.456443)

Jalan Kenangan, Pekan Meru

(Koordinat: 3.136033, 101.442285)

Taman Rakyat, Jln Tun Dr Ismail, Tmn Sri Andalas

(Koordinat: 3.020522,101.450333)

Jalan Zapin 2, Bandar Bukit Raja

(Koordinat: 3.081177, 101.446259)

Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sg Gapis 27/711

(Koordinat:  3.0174657,101.5645326)

Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jln Durian 4/1, Seksyen 4, Shah Alam

(Koordinat:  3.078634, 101.515975)

 

Masjid Umuriah, Jln Kebun Baru, Kg  Perepat, Kapar

(Koordinat: 2.923443,101.305863)

Kuala Langat

Jalan Gangsa,TPG

(Koordinat: 2.921080,101.473738)

 

Jalan Waja, TPG

(Koordinat: 2.919607,101.466638)

Kuala Selangor

Stadium Kuala Selangor

(Koordinat: 3.242342,101.432923)

Stesen Bas Tg Karang

(Koordinat: 3.4244300,101.1730130)

Hulu Selangor

Jalan Utama depan Ambank Kg Lee Kim Sai

(Koordinat: 3.3141034,101.5787452)

 

Ruang parkir Pej. Penghulu Tmn Jati Rawang

(Koordinat: 3.3057916,101.5847891)

 

 

Related posts

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …

default
Air Selangor Celebrates Three Charity Homes in Conjunction with Chr...
Press

21 December 2023 Kuala Lumpur – In sharing the joy of Christmas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) under …