Bekalan Air di Wilayah Hulu Langat Pulih

SIARAN MEDIA
2 NOVEMBER 2019

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga jam 12:00tengahari, Sabtu, 2 November 2019,  bekalan air di kesemua kawasan di Wilayah Hulu Langat yang terjejas ekoran kerosakan peralatan 'Bandscreen' Loji Rawatan Air Sungai Langat telah pulih sepenuhnya, manakala kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur telah mencapai  tahap pemulihan 97%.

Pihak kami menyasarkan pemulihan sepenuhnya bagi kawasan yang masih terjejas pada jam 7:00pagi, Ahad, 3 November 2019.

Senarai kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya adalah seperti berikut :

1. Alam Damai
2. Bandar Baru Segar Utama
3. Cheras Hartamas
4. Taman Bukit Segar Jaya

Segala usaha diambil bagi meningkatkan dan menstabilkan aliran di sistem agihan serta pemulihan bekalan sepenuhnya  keseluruh kawasan yang terjejas.

Kerjasama pelanggan yang terjejas sepanjang tempoh pemulihan ini amatlah dihargai dan pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan.

Hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-2816793 / 019-2800919 untuk sebarang bantuan.