Notis Pemberitahuan Awal Kerja-Kerja Penyenggaraan Aset Air Selangor Secara Berjadual di Wilayah Hulu Langat

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual bagi penggantian injap di tiga (3) lokasi iaitu di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines. Kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima (5) kawasan di Wilayah Hulu Langat bermula jam 9:00 malam, 28 September 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6.00 pagi, 30 September 2021. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.

Pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membolehkan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

Kerja-kerja penyenggaraan berjadual ini akan dilaksanakan bermula jam 9:00 malam, 28 September 2021 hingga 6:00 pagi, 29 September 2021. Berikutan itu, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat, dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 30 September 2021.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

Senarai Lima (5) Kawasan di Wilayah Hulu Langat Yang Terlibat Dengan Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Penggantian Injap Pada 28 September 2021

 

KAWASAN TERJEJAS
1 Balakong
2 Green Park Resident
3 Bandar Sungai Long (SL 6, 9, 10, 11)
4 Taman Bukit Palma
5 Bandar  Mahkota Cheras (Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Mahkota)

 

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …