NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA PAIP AGIHAN BEKALAN AIR DI PEKAN SEPANG LAMA YANG BAKAL MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SELAMA DUA PULUH JAM SETENGAH PADA 24 NOVEMBER 2020

SIARAN MEDIA
16 NOVEMBER 2020

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama akan dilaksanakan bermula jam 9:00 malam, 24 November 2020. Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di paip agihan ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum. Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

 

Berikutan kerja penggantian injap ini, sebanyak 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 malam, 24 November 2020 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 25 November 2020. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.

 

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi  premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

 

ELINA BASERI

Ketua Komunikasi Korporat

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

 

 

 

 

LAMPIRAN A

WILAYAH KUALA LANGAT

Kampung Kundang Kuarters Estate Gadong Kampung Batu Untung
Tanjung Sepat New Village Kampung Batu Laut Taman Batu Untung
Taman Pelangi Ladang Batu Taman Tanjung
Taman Tanjung Sepat Indah Kampung Orang Asli Tanjung Sepat Taman Mutiara
Ladang Bedford Kampung Tanjung Sepat Darat Kampung Tumbuk
Kampung Tanjung Layang Berek Polis Tanjung Sepat Taman Kanchong Laut

 

 

 

WILAYAH SEPANG

Kampung Bukit Bangkong Kampung Hulu Teris Kampung Ulu Chuchoh
Kampung Orang Asli Bukit Bangkong Tanjung Rhu Pekan Sungai Pelek
Kem PKLS Hazliza Ulu Teris Taman Seri Sungai Pelek Kampung Baru Sungai Pelek

 

 

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …