KERJA PEMBAIKAN PAIP PECAH DI TAMAN SERI ANDALAS, KLANG SIAP DILAKSANAKAN

7:00 AM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang pada 20 Disember 2020, telah siap dilaksanakan pada jam 3:50 pagi tadi.

Justeru itu, bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 6:50 pagi ini ke Taman Sentosa, Jalan Raja Nong, Jalan Bendahara, Jalan Bentara, Jalan Sg Jati, Jalan Temenggong, Jalan Laksamana, Taman Bijaya, Taman Rakyat, Jalan Seri Sarawak, Bandar Puteri dan Bandar Putera 2, Klang. Para pengguna akan mendapat bekalan air secara berperingkat.

Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di kawasan-kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5:00 petang, hari ini.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …