INSIDEN PAIP PUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI DAMANSARA UTAMA

29 Disember 2020, 9:30 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa satu insiden paip putus telah berlaku petang tadi disebabkan oleh tanah runtuh di Damansara Utama. Justeru itu, 43 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A.

 

Air Selangor telah memulakan kerja-kerja pembaikan paip yang terputus tersebut. Walau bagaimanapun, jangkaan kerja pembaikan siap masih tidak dapat dipastikan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT – 

 

LAMPIRAN A

SENARAI KAWASAN YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP AGIHAN PECAH DI DAMANSARA UTAMA – 29 DISEMBER 2020

WILAYAH PETALING
Eastin Hotel PJU 6, Pelangi Damansara SS5
Icon City PJU7, Mutiara Damansara SS6
Kampung Padang Tembak PJU8, Damansara Perdana SS7
Kampung Bukit Lanjan Seksyen 11, PJ SS8 (FTZ)
Kampung Sungai Kayu Ara Seksyen 12, PJ SS9A
Kampung Sungai Penchala Seksyen 13, PJ SS20
Kelab Menembak Subang Seksyen 14, PJ SS21
Kelab Golf Pertahanan Awam Seksyen 16, PJ SS22
KLGCC Seksyen 17, PJ Taman Suria
Paradigm Mall Seksyen 19. PJ Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Phileo Damansara, KL Seksyen 20, PJ Tropicana Golf & Country Club
Pinggiran TTDI Seksyen 21, PJ UM
PJU 1A, Ara Damansara Seksyen 22, PJ
PJU 3, Kota Damansara SS1

 

 

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …