PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP UTAMA PECAH DI SEKSYEN 15 SHAH ALAM

29 Disember 2020, 10:00 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa berlaku kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, Air Selangor akan menutup bekalan air pada  jam 1:00 petang, 29 Disember 2020. Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling. Sila rujuk Lampiran A bagi kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 9.00 malam pada hari yang sama, dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

 

Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

– TAMAT –

LAMPIRAN A

SENARAI KAWASAN YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP UTAMA PECAH – 29 DISEMBER 2020

PETALING REGION
Bandar Kinrara SS12 Taman Puchong Permai
Bandar Puchong Jaya SS13 Taman Puncak Kinrara
Glenmarie SS14 Taman Tasik Prima
Hicom Glenmarie SS15 Taman Tenaga
Hyatt Saujana SS16 TUDM Kinrara
Jalan Puchong Batu 7 SS17 USJ 2/3
Jalan Puchong Batu 8 SS18 USJ 2/5C
Jalan Puchong Batu 9 SS19 USJ 2/6
Jalan Puchong Batu 10 Taman Alam Sutera USJ 2/6A
Jalan Puchong Batu 11 Taman Amansari USJ 2/6B
Jalan Puchong Batu 12 Taman Bukit Kuchai USJ 2/7
Jalan Puchong Batu 13 Taman Damai Utama USJ 3/1
Jalan Subang Airport Taman Impian Indah USJ 3/1D
Kampung Bohol Taman Kandan Baru USJ 3/1E
Kampung Lembah Kinrara Taman Kasawari USJ 3/1F
Kampung Pasir Batu 14 Jalan Puchong Taman Kinrara USJ 3/1G
Kampung Tengah Puchong Taman Lake Edge USJ 3/1H
Lembah Subang PJU 1A Taman LTAT USJ 3/2
One Puchong Taman Maju Jaya USJ 3/2A
PPR Pinggiran Bukit Jalil Taman Metro Puchong USJ 3/2B
Puchong Mesra Taman Mutiara Bukit Jalil USJ 3/2C
Pusat Bandar Puchong Taman Perindustrian Puchong Utama USJ 3/2D
Sirim Taman Puchong Indah USJ 3/2J
SS 7 Taman Puchong Perdana Zero Lot Temasya Glenmarie

 

KLANG/SHAH ALAM REGION
Bandar Putera 2 Kampung Kastam Taman Bayu Tinggi
Bandar Puteri Ken Rimba Taman Berembang
Batu Tiga Kg Jawa Taman Bijaya Kg. Jawa
Bukit Kuda & Jalan Batu 3 Lama Kg. Pendamar Taman Chi Liung
Jalan Dato’ Hamzah Kota Pendamar Taman Desawan
Jalan Istana Lorong Tingkat & Rembau Taman Gembira
Jalan Kota Pandamaran Taman Intan
Jalan Kota Raja Persiaran Raja Muda Musa Taman Klang Jaya
Jalan Padang Seksyen 15 Taman Palm Groove
Jalan Raja Lumu Seksyen 16 & Padang Jawa Taman Pendamar Indah
Jalan Raya Barat Seksyen 17 Taman Selatan
Jalan Raya Timur Seksyen 18 Taman Sentosa
Jalan Stesen & Solok Besar Seksyen 19 Taman Sri Andalas
Jalan Tengku Badar Seksyen 20 Taman Summit
Jalan Tengku Diauddin Seksyen 23 Taman Suria Pendamar
Jalan Tengku Kelana Seksyen 24 Teluk Pulai
Jalan Tepi Sungai Seksyen 25 Tmn Petaling Indah
Jln Kem Subang Height Tmn Radzi Teluk Gadong Besar
Jln Raja Nong Subang Hitech
Johan Setia Taman Bayu Perdana

 

 

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …