AIR SELANGOR TERUSKAN KOMITMEN KURANGKAN KADAR AIR TIDAK BERHASIL (NRW) PADA TAHUN 2021

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meneruskan komitmen jangka panjangnya dalam mengurangkan kadar purata Air Tidak Berhasil atau Non-Revenue Water (NRW) pada tahun 2021 dengan memperuntukkan sejumlah RM293 juta untuk dibelanjakan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM170 juta diperuntukkan untuk Program Penggantian Paip Lama yang kritikal dan sebanyak RM16 juta pula untuk penukaran meter lama dan rosak.

 

Perancangan rapi dan strategik serta pelaksanaan inisiatif dalaman (in-‘house’) secara sepenuhnya sejak tahun 2017 akan diteruskan pada tahun 2021 dengan sasaran untuk mengurangkan kadar purata NRW sebanyak 0.5%, yang mana ianya telah berjaya dicapai selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2018. Justeru itu, Air Selangor telah merangka Key Performance Indicator (KPI) yang perlu dilaksanakan untuk memastikan penurunan kadar NRW 2021 dapat dicapai, antaranya:

  • Pasukan Pakar Kebocoran (Leak Specialist – ‘LS’) dan Pemeriksa Kebocoran (Leak Inspector – ‘LI’) Air Selangor perlu mengesan sekurang-kurangnya 78,000 kes paip bocor pada saluran paip pengagihan dalam Program Pengesanan Kebocoran Secara Aktif (Active Leakage Control).
  • Menubuhkan sejumlah 75 District Metering Zones (DMZ) dalam Program Pembentukan Zon Pemeteran Daerah (DMZ Establishment)
  • Penukaran paip lama dan usang terutamanya dari jenis Asbestos Cement sepanjang 150 kilometer menerusi Program Penggantian Paip Lama.
  • Meneruskan Pemasangan sensor pada paip-paip utama yang dianggarkan berjumlah 1,780 sensor untuk mengesan pressure transient dan kebocoran pada peringkat awal.
  • Penggunaan 3,000 Alat Pengesan Kebocoran Kekal (Permanent Leak Noise Correlating Logger) pada paip retikulasi di 60 Zon Pemeteran Daerah.

 

Air Selangor terus beriltizam untuk mengurangkan kadar NRW ke tahap 25% pada tahun 2025 dan seterusnya ke tahap 15% menjelang tahun 2049.

 

Untuk rekod, Air Selangor telah berjaya mencatatkan penurunan sebanyak 1.1% pada tahun 2020 iaitu dari kadar 29.7% pada tahun 2019 kepada kadar 28.6% iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada kadar 29.2%. Air Selangor telah membelanjakan sebanyak RM255 juta untuk memastikan penurunan kadar NRW ini berjaya dicapai. Walaupun berhadapan dengan situasi yang mencabar berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, Air Selangor terus komited berkhidmat kepada para pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Air Selangor juga amat berharap orang ramai dapat melaporkan dengan segera sekiranya melihat atau mengetahui insiden paip bocor dan pecah, sambungan paip secara haram serta meter yang dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab menerusi Pusat Perhubungan di talian 15300, aplikasi Air Selangor, sosial media rasmi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …