Air Selangor Santuni Tiga Rumah Kebajikan Sempena Sambutan Krismas

21 Disember 2023

Kuala Lumpur – Bagi berkongsi kegembiraan sempena Hari Krismas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara menyalurkan sumbangan kepada tiga (3) buah rumah kebajikan.

Menerusi program ini, Air Selangor telah menyumbang barangan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan dan kelengkapan rumah dan menyalurkan bantuan baik pulih paip di tiga (3) buah rumah kebajikan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor iaitu Lighthouse Children Welfare Home Association, Praise Emmanuel Children’s Home dan Overcomer Care Centre.

Selain memberi bantuan dan mengunjungi rumah-rumah kebajikan yang terlibat, pasukan sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 17 warga kerja Air Selangor turut mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah kebajikan Lighthouse Children Welfare Home Association, serta meluangkan masa untuk beramah mesra dengan anak-anak di rumah tersebut.

Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor telah mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope kepada golongan yang memerlukan. Sebanyak 4,975 kotak ‘Box of Hope’ telah diagihkan sehingga kini kepada keluarga B40 di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak inisiatif ini mula diperkenalkan pada 30 Jun 2020.

Air Selangor berharap bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membawa kegembiraan di samping memperkukuhkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Kaedah sumbangan Box of Hope dalam bentuk pembelian fizikal boleh dilakukan di lima (5) lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang. Selain itu, Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara digital melalui laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/.

Program Sesama Mara merupakan inisiatif akar umbi yang bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Pada kesempatan ini, Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan kesemua aktiviti Sesama Mara sepanjang tahun 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/sesamamara/.

-TAMAT- 

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …