Air Selangor Berkongsi Kegembiraan Bersama Komuniti Sempena Sambutan  Ulang Tahun Kedua

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut ulang tahun kedua hari ini, setelah beroperasi sebagai pemegang lesen tunggal untuk membekalkan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 13 September 2019. Air Selangor kini merupakan penyedia perkhidmatan bekalan air terbesar di Malaysia yang membekalkan air bersih dan terawat kepada 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selari dengan strategi penjenamaan yang baharu, Air Selangor ingin merealisasikan visi baru, ‘Kami akan menjadi pembekal perkhidmatan air terunggul di Asia menjelang 2030’ bersama misi yang juga telah diperhalusi iaitu ‘Kami memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan’. Ini turut diterapkan menerusi ikrar jenama kami iaitu ‘Setiap Titis Bermakna’ atau ‘Joy In Every Drop’ agar semua pengguna mengalami pengalaman yang positif bersama Air Selangor.

Sempena ulang tahun yang kedua ini, Air Selangor terus berbakti kepada masyarakat dengan memperkasakan aktiviti komuniti khususnya dalam meringankan beban golongan yang memerlukan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan tema ‘Berkongsi Kegembiraan Bersama’, Air Selangor melaksanakan beberapa aktiviti bersama komuniti di bawah program Sesama Mara, khususnya untuk golongan B40 yang amat memerlukan dalam tempoh pandemik COVID-19 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor menghulurkan bantuan kepada 262 individu dan keluarga daripada golongan B40. Inisiatif pertama iaitu bantuan makanan asas, ‘Box of Hope’ kepada seramai 222 individu dan keluarga di empat lokasi iaitu di Kampung Ampang Indah, Tmn Mulia Jaya, Persiaran Ampang Saujana serta Kampung Lembah Jaya Selatan. Manakala, bagi insiatif kedua pula, Air Selangor akan menanggung 40 kos pembaikan paip dalaman bagi rumah[1]rumah kebajikan serta keluarga B40 menerusi Perkhidmatan Pembaikan Paip untuk Golongan Kurang Berkemampuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Inisiatif ini merupakan antara usaha kami dalam memberikan kegembiraan kepada para pengguna, selain menerusi bekalan air bersih dan selamat yang dibekalkan kepada mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …