Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Di Wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur Berikutan Henti Tugas Empat Loji Rawatan Air Disebabkan Oleh Insiden Banjir

1:30 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan di tiga (3) wilayah iaitu Wilayah Petaling, Wilayah Hulu Langat dan Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas berikutan henti tugas empat (4) loji rawatan air disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada 19 Disember 2021.

Setakat jam 12:00 tengah hari, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 47.8%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air di wilayah adalah seperti berikut:

Bil.

Wilayah Peratusan Pemulihan (%)

1.

Petaling

100

2.

Hulu Langat

66

3.

Kuala Lumpur

20

Senarai kawasan yang telah pulih adalah seperti di Lampiran A. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang telah pulih menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Untuk makluman para pengguna, LRA Semenyih 2 sudah beroperasi sepenuhnya dan bekalan air bagi 70 kawasan yang terjejas akibat henti tugas loji ini telah pulih sepenuhnya. Bagi LRA Sg Langat dan LRA Langat 2, kedua-dua loji telah beroperasi sepenuhnya dan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas akibat henti tugas loji ini dijangka pulih sepenuhnya pada 11:00 malam, 22 Disember 2021. Bagi LRA Cheras Batu 11 pula, proses pembersihan loji rawatan air dan penilaian kerosakan masih lagi dilaksanakan. Jangkaan untuk LRA Cheras Batu 11 beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Bantuan alternatif melalui tangki air masih lagi digerakkan secara berperingkat ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Lampiran A

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …