STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH HULU SELANGOR

1:00 PM

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status pemulihan bekalan air di Wilayah Hulu Selangor ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan insiden banjir pada 3 Januari 2021.

 

Sehingga jam 12:00 tengah hari, bekalan air di 2 kawasan sudah pulih sepenuhnya, manakala 6 kawasan masih dalam proses pemulihan. Kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah  Kampung Bahom, Kampung Gesir Tengah, Kampung Lalang, Kampung Orang Asli, Kampung Sekolan/ Kuaters Klinik dan Kampung Sungai Nilam/ Kampung Seri Pagi.

 

Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air di semua kawasan terjejas adalah pada 5 Januari 2021, jam 7.00 pagi.

 

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan kepada para pengguna yang terjejas.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut insiden ini dan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …