Status Terkini Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya & Kuala Langat

7:30 PAGI

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Sehingga jam 7.00 pagi, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 92.2%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air di wilayah adalah seperti berikut:

 

No Wilayah Peratusan Pemulihan (%)
1. Kuala Langat 100
2. Putrajaya 100
3. Sepang 100
4. Hulu Langat 92.6
5. Petaling 81.4

 

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, 6 September 2021. Senarai 36 kawasan yang masih belum pulih seperti di Lampiran A.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air akan terus digerakkan kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH AKIBAT PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH

SENARAI KAWASAN BELUM PULIH

SETAKAT 5 SEPTEMBER 2021, 7:00 PAGI

KUMPULAN 1

SEPANG

KAWASAN PEMULIHAN KAWASAN STATUS PEMULIHAN KAWASAN
TAMAN GITA BAYU 85% Tidak Pulih
BANDAR BUKIT MAHKOTA 90% Tidak Pulih
BANDAR SERI PUTRA 90% Tidak Pulih
BANDAR PUTERI BANGI 90% Tidak Pulih

 

SENARAI KAWASAN BELUM PULIH

SETAKAT 5 SEPTEMBER 2021, 7:00 PAGI

KUMPULAN 2

PETALING
KAWASAN PEMULIHAN KAWASAN STATUS PEMULIHAN KAWASAN
HOSPITAL SERDANG 80% Tidak Pulih
PUSAT PERDAGANGAN SERI KEMBANGAN 80% Tidak Pulih
TAMAN PERINDUSTRIAN SUBANG 80% Tidak Pulih
USJ 3 80% Tidak Pulih
USJ 4 75% Tidak Pulih
USJ 5 85% Tidak Pulih
USJ 7 80% Tidak Pulih
USJ 8 80% Tidak Pulih
USJ 9 80% Tidak Pulih
USJ 10 80% Tidak Pulih
USJ 11 80% Tidak Pulih
USJ 12 70% Tidak Pulih
USJ 15 80% Tidak Pulih
USJ 17 90% Tidak Pulih
USJ 2 80% Tidak Pulih
USJ 20 80% Tidak Pulih
USJ 21 80% Tidak Pulih
USJ 22 90% Tidak Pulih
USJ 23 80% Tidak Pulih
USJ 24 85% Tidak Pulih
USJ 26 85% Tidak Pulih
USJ 27 85% Tidak Pulih
HOSPITAL UPM 90% Tidak Pulih
LESTARI PUTRA (Lep 6) 80% Tidak Pulih
SERI KEMBANGAN (SK 2) 90% Tidak Pulih
SERI KEMBANGAN (SK 1, 13 & 14) 80% Tidak Pulih
LESTARI PUTRA (Lep 7) 80% Tidak Pulih
TAMAN BUKIT SERDANG (BS 7) 90% Tidak Pulih
LESTARI PUTRA (Lep 5) 80% Tidak Pulih
LESTARI PUTRA (Lep 4) 90% Tidak Pulih
TAMAN UNIVERSITI INDAH (Apartment Taman Universiti Indah) 70% Tidak Pulih
TAMAN UNIVERSITI INDAH (Jalan Indah) 80% Tidak Pulih

 

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …