Status Pemulihan Kerja-Kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan dan Penggantian Aset Di Loji Rawatan Air Sungai Langat serta Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Selangor

1:00 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status pemulihan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat serta gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Loji Rawatan Air Sungai Langat

Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) telah siap dilaksanakan. Sehingga jam 12:00 tengah hari, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 0.88%. Senarai kawasan yang masih belum pulih berikutan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sungai Langat adalah seperti di Lampiran A.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis).

Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang

Berkenaan status pemulihan gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor pula, sehingga jam 12:00 tengah hari, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 93.1%. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam, 12 Oktober 2023 (Khamis). Senarai kawasan yang belum pulih LRA SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor adalah seperti di Lampiran B.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

-TAMAT-

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …