Status Pemulihan Bekalan Air di Lima Wilayah Air Selangor Berikutan Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi)

7:00 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air bagi 472 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) yang disebabkan oleh insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Sehingga jam 6:00 petang, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 95%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Bil Wilayah Peratusan Pemulihan (%)
1 Petaling 88
2 Hulu Langat 100
3 Sepang 99
4 Putrajaya 100
5 Kuala Langat 100

Senarai kawasan-kawasan yang masih terjejas adalah seperti di Lampiran A.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh henti tugas sementara LRA Bukit Tampoi telah pulih sepenuhnya pada 12:00 tengah hari, 26 Disember 2022 (Isnin), manakala kawasan-kawasan yang terjejas oleh henti tugas sementara LRA Sg Semenyih dijangka akan pulih sepenuhnya pada 6:00 pagi, 27 Disember 2022 (Selasa). Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …