Status Pemulihan Bekalan Air Berikutan Kerja-Kerja Pembaikan Paip Pecah di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor

8 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan bagi insiden paip pecah di Jalan Bukit Beruntung.

Sehingga jam 6:00 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 80%. Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air dijangka untuk pulih sepenuhnya pada jam 8:00 malam, 24 Disember 2022 (Sabtu).

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

– TAMAT –

 

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …