PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP DI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SIREH

13 OKTOBER 2020 9:00 Pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) akan bermula pada jam 9:00 pagi hari ini seperti yang dijadualkan.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:

  1. Bagan Tengkorak
  2. Jalan Ban Canai
  3. Jalan Kunci Air Buang
  4. Kampung Ampangan
  5. Kampung Haji Razali
  6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat
  7. Kampung Pinang
  8. Kampung Seri Tiram Jaya
  9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
  10. Kampung Sungai Kajang
  11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
  12. Kampung Tok Adam
  13. Kampung Ulu Tiram
  14. Lorong Bahagia
  15. Parit 1 Sungai Burong
  16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
  17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
  18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23
  19. Taman Desa Jaya
  20. Taman Kopema
  21. Taman Radin Jaya
  22. Taman Sri Bakti
  23. Taman Sri Desa
  24. Taman Sri Jaya
  25. Taman Sri Setia
  26. Taman Sri Tanjong
  27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
  28. Taman Wawasan

Kerja-kerja penggantian injap akan siap dilaksanakan pada jam 6:00 petang hari ini. Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan dan bekalan air di 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam, hari ini.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

 

-TAMAT-

Related posts

default
Early Notice of Scheduled Water Supply Disruption Following the Imp...
Media

6:00 pm Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform of the upcoming asset …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …