NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PEMASANGAN INJAP BAHARU DI WILAYAH SABAK BERNAM YANG BAKAL MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SELAMA ENAM BELAS JAM PADA 16 DISEMBER 2020

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja penggantian enam (6) unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu (1) injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang akan bermula jam 10:00 pagi, 16 Disember 2020. Berikutan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap ini, sebanyak 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 10:00 pagi, 16 Disember 2020 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 2:00 pagi, 17 Disember 2020. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi  premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Pelaksanaan kerja-kerja ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum. Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi di aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

SENARAI 38 KAWASAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL PADA 16 & 17 DISEMBER 2020

WILAYAH SABAK BERNAM
Bagan BNO, Teluk Rhu, Jalan Semenanjung Bernam 3, Jalan Sri Jaya Jalan Taman Pusara, Jalan Lama Panchang Bedena Seluruh Pekan Sekinchan, Site B
Bagan Sekinchan, Pantai Redang, Kampung Seri Sentosa, Kampung Penerangan JPJ Sabak Bernam, Taman Air Manis, Kampung Sekendi Simpang Lima Hala Laut, Peket 20 – Peket 100 Hala Laut, Jalan Sri Aman
Bagan Sungai Besar, Kampung Nelayan, Taman Seri Parit 1 1/2 – Parit 12 Timur, Parit 2 – Parit 6 Sawah Site A Dan Parit 4- Parit 5 Sekinchan
Bagan Terap, Tok Khalifah, Lubuk Pusing Parit 1- 4 Sungai Haji Dorani, Parit 5- 13 Gambut Site C, Taman Aman, Taman Aman Jaya, Parit 6
Balai Bomba Sekinchan, Parit 5- Parit 7 Sungai Leman Sawah Parit 1 Timur, Jalan Pegawai, Pejabat Daerah, Sungai Limau Sungai Air Tawar, Kampung Perenggan, Kampung Dato Hormat, Kampung Rajah
Balai Polis Sabak, Taman Mutiara, Kampung Haji Mahmudin, Jalan Stoner Parit 11 Sungai Nibong – Parit 9 Pasir Panjang Hala Sawah Sungai Haji Dorani, Jalan Rashidin, Jalah Pekan Selasa Lama
Batu 4 Sepintas, Jalan Sekolah Sepitas, Tanjung Ketum Parit 13 – Parit 17 Sungai Panjang (Kiri), Belia 1, Parit 18 Tanjung Medan Taman Bakti, Tebuk Haji Yusuf, Tebuk Haji Sidek, Taman Bayu, Taman Setia Jaya
Bno, Sungai Tengar, Jalan Maarof, Jalan Sireng, Parit 14, Parit 15, Hala Cara Baru, Jalan Seri Gambut, Belia 2 Taman Harmoni, Taman Ria, Sungai Labu
Batu 23 Sungai Nibong, Parit 11 – Tali Air 9 Pasir Panjang Hala Laut Parit 7 Sungai Leman – Parit 9 Pasir Panjang Hala Laut Taman Muhibbah, Taman Pertama, Taman Serendah
Jalan Anggerik, Jalan Bunga Raya, Taman Ehsan Parit Baru, Jalan Peladang, Jalan Masduki, Jalan Nawam, Jalan Bahagia Taman Perdana, Taman Padu Permai, Jalan Matang
Jalan Kalabakan, Jalan Haji Harun, Batu 2 Sepintas Pekan Sabak, Batu 38-40, Kampung Baru, Tanjung Jawa, Jalan Taman Taman Seri Indah, Taman Cahaya, Taman Bedena Jaya
Jalan Sekendi, Taman Sri Bedena, Sungi Lias Peket 20 – Peket 100, Parit 13- Parit 12 Sungai Nibong Hala Sawah Tebuk Jawa, Kampung Perenggan, Taman BNO, Tebuk Mufrad, Banting
Jalan Taiban, Pekan Sungai Besar, Jalan Menteri, Jalan Mahsuri, SBBC Pusat Pertumbuhan Sungai Lang, Tebuk Rukun, Tebuk Pekan, Jalan Masjid

 

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …