INSIDEN PAIP PECAH MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH SEPANG DAN KUALA LANGAT

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa telah berlaku satu kejadian paip pecah berhampiran Bandar Sri Ehsan, berdekatan Masjid KLIA semalam, 15 September 2020.

Bekalan air telah ditutup pada jam 1:00 pagi tadi bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan ianya dijangka akan siap pada jam 5:00 petang hari ini.

Justeru itu, sebanyak 9 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

Wilayah

Kuala Langat

Sepang

Kawasan

Taman Langat Utama

Estet SOPEC

Taman D’Menara

Taman Murnimas

RTB Bukit Changgang

Bandar Sri Ehsan

Taman Langat Murni

Bandar Mahkota

Bandar Brooklands

Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air pada jam 8:00 malam, 16 September 2020 secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula.

Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di wilayah Kuala Langat dan Sepang juga digerakkan bagi membantu pengguna. Pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 15300.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Related posts

default
Kempen Istimewa Buat Pelanggan Air Selangor dengan kediaman Meter A...
Kempen

Syarat-Syarat Penyertaan Untuk mengambil bahagian, peserta hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut:- Langkah 1: Muat turun dan mendaftar di Aplikasi Air Selangor. …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …