INSIDEN PAIP PECAH MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

14 OKTOBER 2020 , 9.00 Malam

 

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa satu kejadian paip pecah telah berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang.

 

Berikutan kejadian paip pecah ini, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut, yang dijangka akan siap pada jam 9:30 pagi, 15 Oktober 2020.

 

Justeru itu, sebanyak 15 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti berikut:

 

  1. Batu Belah, Sg Putus dan Teluk Kapas
  2. Sementa
  3. Perepat
  4. Jalan Kapar Batu 1-8 dan Klang Utama
  5. Bandar Klang ( Bt 1-3 Jln Meru)
  6. Bandar Baru Klang
  7. Taman Berkley/ Eng Ann
  8. Jalan Goh Hock Huat
  9. Bandar Sultan Sulaiman
  10. Jalan Pelabuhan Utara
  11. Pelabuhan Utara
  12. Sg Sireh dan Seri Perantau
  13. Kampung Keretapi
  14. Jalan Limbungan
  15. Jalan Shahbandar

 

Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 15 Oktober 2020. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

 

-TAMAT-

 

Related posts

default
Early Notice of Scheduled Water Supply Disruption Following the Imp...
Media

6:00 pm Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform of the upcoming asset …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …