BEKALAN AIR STABIL SEPENUHNYA DI WILAYAH PETALING, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR DAN KUALA SELANGOR

9 DISEMBER 2020, 7:00 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 pada 8 Disember 2020 disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor.

 

Sehingga jam 6:00 petang tadi, bekalan air telah stabil di 805 (93.5%) kawasan dari 861 kawasan yang terjejas. Usaha menstabilkan agihan bekalan air terus giat dilakukan bagi memastikan 56 kawasan yang masih lagi terjejas di Wilayah Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat mendapat bekalan air. Senarai kawasan yang masih terjejas adalah seperti di Lampiran A.

 

Peratusan kawasan yang telah stabil mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

100%

Klang/ Shah Alam

91.6%

Gombak

85.6%

Kuala Lumpur

100%

Hulu Selangor

100 %

Kuala Langat

90%

Kuala Selangor

 100%

 

Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi tejejas. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan.

 

Maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

– TAMAT –

LAMPIRAN A – SENARAI KAWASAN YANG BELUM STABIL DI WILAYAH PETALING, KLANG, SHAH ALAM, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR DAN KUALA LANGAT BERIKUTAN PENCEMARAN SUNGAI SELANGOR PADA 8 DISEMBER 2020

WILAYAH KLANG

Jalan Raja Nong Pulau Ketam Taman Sentosa
Kampung Pulau Indah Taman Samudera Taman Sri Andalas
Perindustrian Pulau Indah Fasa 2

 

WILAYAH SHAH ALAM

Seksyen 16 & Padang Jawa Seksyen 19 Seksyen 24
Seksyen 17 Seksyen 20 Seksyen 25
Seksyen 18 Seksyen 22

 

WILAYAH GOMBAK

Ampang Avenue Taman Andaman Ukay Taman Kesuma
Apartment Mesra Prima Taman Bandar Baru Ampang Taman Permai Jaya Ampang
Apartment Mesra Ria Taman Bukit Ampang Taman Permai Villa
Apartment Mesra Villa Taman Cahaya Indah Taman Sri Ampang
Apartment Sri Nilam Taman Dagang Permai Taman Sri Bayu
Bukit Mulia Taman Desa Pendidik Taman Sri Merdeka
Kampung Ampang Campuran Taman Fairuza Ampang Taman Sri Raya
Kampung Ampang Indah Taman Halaman Taman Sri Watan
Kampung Indah Permai Taman Kelab Ukay Taman Tasek Tambahan
Kampung Muhibbah Taman Keramat AU1 Tinjani Ukay
Kampung Sungai Sering Taman Keramat AU2 Ukay Seraya
Kampung Tasek Permai Taman Keramat AU3 Ukay Tropika
Sering Ukay Taman Keramat AU4
Taman Ampang Mewah Taman Keramat AU5

 

 

WILAYAH KUALA LANGAT

Batu 9 Sijangkang & Batu 9 Kampung Medan

 

 

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …