BEKALAN AIR PULIH DI 93 PERATUS KAWASAN DI WILAYAH PETALING BERIKUTAN INSIDEN PAIP TERPUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI DAMANSARA UTAMA

3:00 PM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur berikutan insiden paip air terputus di Damansara Utama disebabkan oleh tanah runtuh. Bekalan air di kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi tadi. Setakat jam 3:00 petang ini, sejumlah 93%, bersamaan 40 kawasan Wilayah Petaling pula, telah pulih sepenuhnya dari 43  kawasan yang terjejas. Kawasan di Wilayah Petaling yang masih terjejas adalah Kampung Bukit Lanjan, Kampung Sungai Penchala dan Pinggiran TTDI.

Bantuan bekalan air alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor menyarankan pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

 

– TAMAT –

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …