BEKALAN AIR DI WILAYAH HULU SELANGOR PULIH SEPENUHNYA

5 JANUARI 2021, 7:00 PAGI

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua lapan kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Hulu Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sg Selisek disebabkan oleh insiden banjir pada 3 Januari 2021, telah pulih sepenuhnya pada jam 6.00 pagi tadi.

 

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Early Notice of Scheduled Water Supply Disruption Following the Imp...
Media

6:00 pm Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform of the upcoming asset …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …