Alam Sekitar

Sebanyak 34 Loji Rawatan Air (LRA) Air Selangor, 7 empangan, dan 2 sistem off-river storage (ORS) menghasilkan purata sekitar 4,900 juta liter air sehari kepada 8.3 juta penduduk dan pelbagai perniagaan di kawasan perkhidmatan kami. Permintaan purata air semasa diunjurkan untuk meningkat menjadi 7,800 MLD menjelang 2034 dan kami komited untuk memastikan bekalan air yang lestari kepada pelanggan kami.

Sebanyak 34 Loji Rawatan Air (LRA) Air Selangor, 7 empangan, dan 2 sistem off-river storage (ORS) menghasilkan purata sekitar 4,900 juta liter air sehari kepada 8.3 juta penduduk dan pelbagai perniagaan di kawasan perkhidmatan kami. Permintaan purata air semasa diunjurkan untuk meningkat menjadi 7,800 MLD menjelang 2034 dan kami komited untuk memastikan bekalan air yang lestari kepada pelanggan kami.

Dari mana air kita datang?

Air mentah yang diambil oleh Air Selangor untuk tujuan rawatan dan pengagihan di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya berasal terutamanya dari lembangan Sg. Selangor dan Sg. Langat. Terdapat lima kelas sungai di Malaysia, dan hanya sungai yang dikategorikan dalam Kelas I hingga Kelas III dibenarkan untuk dijadikan sebagai sumber air minuman. Air Selangor mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini.

Oleh kerana jumlah besar penduduk di daerah ini dan peningkatan urbanisasi, adalah mustahak bagi sumber air di negeri ini diuruskan dengan cekap untuk memastikan ketersediaan air bersih yang berterusan.

Kualiti air di Air Selangor

Air terawat kami mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum, yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Air Selangor memantau kualiti air mentah dan terawat secara berkala di pelbagai titik persampelan, melalui makmal dalaman kami yang telah diakreditasi dengan Perakuan ISO 17025 (Akreditasi Makmal).

Mengurangkan air tidak terhasil (NRW)

Air Selangor sentiasa berusaha bagi mengurangkan air tidak terhasil (NRW) dengan menggantikan paip yang sudah usang atau rosak, mengenal pasti dan memperbaiki kebocoran melalui program pengesan kebocoran kami, menggantikan meter lama, serta mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan keselamatan kami untuk membendung kecurian dan vandalisme. Sekiranya anda mengenal pasti sebarang kebocoran atau paip pecah, atau menyaksikan aktiviti mencurigakan yang mungkin berkaitan dengan pencurian air melalui sambungan haram, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan Air Selangor di 15300, atau buat laporan atau aduan segera melalui laman sesawang Air Selangor, atau isikan maklumat anda di sini https://www.airselangor.com/contact/report-leak

Penjimatan Air di Air Selangor

Air Selangor sentiasa berusaha sepanjang masa bagi meningkatkan bekalan air semasa. Kerajaan negeri Selangor turut bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang dalam projek penyaluran air mentah Selangor-Pahang. Projek ini melibatkan pembinaan tiga terowong, berukuran 44.6km, bertujuan untuk membekalkan air mentah dari Sg. Semantan ke negeri Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan.

Penjimatan air adalah kaedah yang mesra alam dan jimat kos dalam mengatasi masalah kekurangan air. Air Selangor telah memulakan beberapa program pendidikan untuk orang ramai dengan menekankan kepentingan pemuliharaan air ekoran cabaran berterusan seperti peningkatan populasi, pembandaran, pencemaran air sungai, perubahan iklim, dan kos rawatan air yang tinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif pemuliharaan air kami, sila klik di sini.

Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH)

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.