SPAH bermaksud “Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan” di mana air hujan yang turun ke bumbung dikumpul dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air sebelum digunakan.

Kegunaan SPAH

Air hujan yang dikumpul boleh digunakan untuk menyiram tanaman dan landskap, kerja-kerja pembersihan dan lain-lain.

 

SPAH @ Air Selangor

Di Air Selangor, Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Air Hujan ini menggunakan Tangki Pengumpulan Air Hujan yang terletak di pejabat-pejabat wilayah Air Selangor terpilih.

Tangki-tangki ini dibina di luar pintu utama pejabat-pejabat wilayah tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang penjimatan air dan sekali gus turut digunakan untuk kegunaan pembersihan terawat harian dan landskap pejabat.

 

Mengapa menggunakan air hujan?

  • Air hujan merupakan anugerah alam yang tidak ternilai, jadi jangan bazirkannya.
  • Air hujan senang dikumpul dan percuma.
  • Kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada sumber air awam, dan pada masa yang sama dapat menjimatkan bekalan air terawat.
  • SPAH akan dapat membantu membekalkan air jika terdapat krisis bekalan air terawat.
  • Kajian Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) juga mendapati SPAH berupaya menjimatkan penggunaan bekalan air terawat sehingga 40% untuk jangka masa panjang.
  • Sistem SPAH dapat mengurangkan risiko banjir kilat.
  • Sistem SPAH mempunyai kelebihan dalam mengurangkan jejak karbon berbanding dengan sumber air terawat.
  • SPAH dapat menyumbang kepada inisiatif ‘Go-Green’ menerusi penjimatan air.