Laporan Kebocoran Air Selangor

Apakah Kempen Laporan Kebocoran Air Selangor?

Kempen Laporan Kebocoran Air Selangor adalah inisiatif Air Selangor untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) dan menambah baik pengalaman pelanggan. Pengguna Air Selangor perlu memuat turun aplikasi Air Selangor dan membuat laporan apabila pengguna menjumpai insiden paip bocor/paip pecah/meter bocor/sambungan haram.

 

Syarat-Syarat Penyertaan

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi mudah alih Air Selangor.
  • Langkah 2: Laporkan paip bocor/paip pecah/meter bocor/sambungan haram melalui aplikasi mudah alih Air Selangor.

Pemilihan Pemenang

Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:-

  • Peringkat 1: Pengguna Air Selangor yang telah membuat satu (1) atau lebih laporan melalui aplikasi mudah alih Air Selangor sepanjang Tempoh Kempen;
  • Peringkat 2: Laporan yang dibuat sepertimana dalam Peringkat 1 hendaklah tergolong di dalam 2,000 laporan terawal yang diterima bagi sesuatu bulan sepanjang Tempoh Kempen melalui aplikasi mudah alih Air Selangor; dan
  • Peringkat 3: Laporan tersebut telah disahkan dan diselesaikan oleh Air Selangor.

Tempoh Kempen

1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024

Related posts

default
Notis Peringatan Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Pelaksana...
Media

9:oo pagi Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan …

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Kempen Istimewa Buat Pelanggan Air Selangor dengan kediaman Meter A...
Kempen

Syarat-Syarat Penyertaan Untuk mengambil bahagian, peserta hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut:- Langkah 1: Muat turun dan mendaftar di Aplikasi Air Selangor. …