Status Pemulihan Bekalan Air Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor

7:30 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air berikutan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Sehingga jam 6:00 pm, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas untuk Kumpulan 2 adalah 54%. Untuk makluman, terdapat sejumlah lapan kawasan di dalam Kumpulan 2 yang akan mengalami kelewatan pemulihan sepenuhnya. Kawasan-kawasan ini adalah Armada Putera, Kampung Pulau Indah, Taman Samudera, Kampung Teluk Gong, Laguna Park, Perindustrian Pulau Indah Fasa 2, Perindustrian Pulau Indah Fasa 3 dan Pulau Ketam.

Kelewatan ini adalah disebabkan oleh parameter kekeruhan air terawat yang lebih tinggi daripada biasa. Oleh yang demikian, aktiviti pelepasan air (flushing) perlu dijalankan bagi membolehkan kualiti air kembali pulih mengikut piawaian kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Waktu pemulihan baharu bagi lapan kawasan ini adalah pada jam 9:00 am, 25 Mei 2023 (Khamis).

Bagi kawasan-kawasan lain yang belum pulih, waktu pemulihan penuh adalah dijangka pada jam 9:00 pm, 24 Mei 2023 (Rabu). Sila rujuk Lampiran A untuk senarai kawasan Kumpulan 2 yang masih belum pulih.

Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi tumpuan kepada lapan kawasan yang mengalami kelewatan pemulihan penuh. Keutamaan juga diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …