Apakah itu Meter Air Pintar?

Meter Air Pintar ialah peranti digital yang merekodkan data penggunaan air secara automatik, dan kemudian melaporkan data ini secara elektronik mengikut selang masa secara tetap. Data tersebut boleh menunjukkan corak penggunaan air, yang boleh menggalakkan cara pengurusan penggunaan air yang lebih bijak untuk pelanggan.

Meter Air Pintar menggunakan teknologi tanpa wayar di mana bacaan penggunaan air boleh dilakukan dari jauh dengan kerap dan tepat, 24 jam sehari. Meter air pintar ini menggantikan cara konvensional membaca meter secara manual dan membuat anggaran bil untuk mengukur penggunaan air.

 

 

Bagaimana Meter Air Pintar berfungsi?

Meter Air Pintar menggunakan teknologi gelombang bunyi ultrasonik untuk mengukur aliran air. Ia kemudian menghantar data ke pelayan komputer Air Selangor menerusi komunikasi frekuensi radio (RF – Radio Frequency).

 

Apakah manfaat Meter Air Pintar?

  • Para pelanggan boleh mengetahui tabiat penggunaan air mereka bagi menggalakkan tingkah laku yang lebih berjimat cermat dan bertanggungjawab.
  • Menggantikan cara konvensional membaca meter secara manual dan membuat anggaran bil.
  • Berupaya untuk mengesan kebocoran paip di premis pelanggan dengan lebih cekap, sekaligus memendekkan masa yang diperlukan untuk membaiki kebocoran.
  • Mengurangkan jejak alam sekitar dengan menggantikan bil fizikal dengan perkhidmatan e-Bil kami yang boleh dihantar menerusi aplikasi WhatsApp atau emel.

Ciri yang bakal diperkenalkan:

  • Berupaya menjejak penggunaan air secara masa nyata.
Maps-Coverage-Area-Smart-Meter

 

Siapa yang akan menerima Meter Air Pintar?

Meter Air Pintar ini akan diperkenalkan kepada 50,000 pelanggan kami di kawasan terpilih dalam wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling terlebih dahulu, sebelum diikuti oleh wilayah-wilayah lain secara berperingkat-peringkat.

 

Kempen Istimewa Buat Pelanggan Air Selangor dengan kediaman Meter Air Pintar Ultrasonik