Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Labohan Dagang

LRA Labohan Dagang yang direka bentuk dan dimulakan pembinaannya pada Julai 2017 itu kini dapat mengeluarkan air bersih sebanyak 200 juta liter sehari (JLH).Kolam takungan utama yang berkeluasan 110 hektar itu berupaya menyediakan bekalan air mentah kepada loji air sehingga 75 hari dan mengelakkan henti tugas di loji air sekiranya berlaku kemarau panjang atau pencemaran di Sungai Langat.