Water Handbook

Water Handbook

Penggunaan dan Pemuliharaan yang Lestari untuk Individu dan Organisasi. LESTARI. PELIHARA. PULIHARA.

Lestari

Bahagian ini akan memperkenalkan konsep air tawar, kitaran air, lembangan sungai, kesan manusia terhadap sumber air kita dan bagaimana kita dapat menuju ke arah kelestarian air. Peluang untuk pemuliharaan air ada dan kita mempunyai peranan yang penting dalam menuju kelestarian air. Bahagian pertama Buku Panduan ini bertujuan untuk membantu pengguna memahami kepentingan air sebagai sumber dan kepentingan usaha pemuliharaan dalam semangat #KitaJagaAir.

Pelihara

Apabila populasi semakin meningkat dan hanya sebahagian kecil air tawar Bumi yang boleh  digunakan, kita mesti memelihara dan memulihara sumber berharga ini. Pemuliharaan air penting kerana air tawar bersih adalah sumber yang terhad dan mudah terdedah kepada pencemaran. Kita mesti mengambil tanggungjawab untuk mempelajari lebih lanjut mengenai pemuliharaan air dan membantu melestarikan sumber-sumber ini untuk generasi akan datang. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjimatkan air.

Pulihara

Penting untuk difahami bahawa kita semua tinggal di lembangan sungai dan segala yang kita lakukan mempunyai kesan langsung pada sumber air sekitar kita. Ini bererti kita bertanggungjawab ke atas air yang kita gunakan di rumah dan di tempat kerja, serta air sisa yang mengalir ke saluran sistem kumbahan yang akhirnya akan mengalir ke sungai, tasik dan lautan. Dengan semangat #KitaJagaKita #KitaJagaAir, bahagian akhir ini akan memberi inspirasi kepada anda dengan pengetahuan praktikal, kemahiran, dan senarai semak cara untuk memainkan peranan anda. Ini termasuk projek yang boleh anda cuba dengan keluarga dan rakan anda.

Hydro Squad

Bagi memperkasakan usaha penggunaan air lestari, Air Selangor memperkenalkan Hydro Squad yang menampilkan Nabil Ahmad, Aishah Sinclair dan Arwind Kumar sebagai peneraju. Hydro Squad akan membantu mempromosikan buku panduan ini kepada rakyat Malaysia melalui kelas khas (Master Class) bulanan dengan memberi pendedahan mengenai penggunaan air berhemat, pengetahuan praktikal dan senarai semak serta projek menarik yang boleh anda dilakukan bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.