Kami ingin bekerjasama hanya dengan yang terbaik dalam kelasnya dalam menjalankan mandat kami untuk menyediakan keperluan asas yang paling utama dalam hidup.

Sama ada anda ingin menjadi rakan niaga yang menyediakan perkhidmatan kepada kami atau memohon sumber bekalan air untuk mengembangkan perusahaan anda atau untuk membangun demi masa depan, kami menghargai kepakaran dan sumbangan anda kepada rantaian nilai kami.

Vendor

Kami menjemput penyedia perkhidmatan dan pembekal produk yang berprestasi tinggi dan kompetitif untuk menjadi vendor berdaftar bersama kami. Di dalam berurus niaga dengan kami, setiap vendor harus memahami dan mematuhi semua peraturan di sepanjang proses pemerolehan di Air Selangor, memelihara kerahsiaan maklumat, menyampaikan produk berkualiti dan/atau perkhidmatan yang menepati masa dan menurut kontrak atau arahan pembelian, serta mematuhi undang-undang am dan integriti perniagaan.

Selanjutnya

Pemaju

Kami menghargai perhubungan urus niaga kami dengan anda untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselesaan dan kemudahan para pengguna kami. Dari pembinaan kediaman berskala kecil sehingga pembinaan komersil dan industri berskala besar, kami sedia memberi perkhidmatan untuk menyediakan sambungan daripada projek anda dengan jajaran sumber bekalan air kami. Pasukan kami bersedia membantu anda dalam mematuhi piawaian dan memenuhi keperluan untuk sambungan ke sumber bekalan air. 

Selanjutnya

Security Access Management System (SAMS)

Selaras dengan matlamat untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan Air Selangor, sistem dalam talian SAMS kini dilancarkan bagi memudahkan setiap daftar masuk dan daftar keluar di semua premis Air Selangor.

Klik di sini untuk menonton