Status Terkini Paras Kolam Air di Sime UEP Berikutan Masalah Teknikal Pada Paip Agihan Utama di Kg. Kenangan Puchong

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini insiden penurunan paras kolam air di Kolam Air Sime UEP, USJ berikutan masalah teknikal pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP di Kg. Kenangan Puchong.

Sehingga jam 12:00 tengah hari, kerja-kerja untuk meningkatkan paras air di Kolam Air Sime UEP masih lagi giat dijalankan. Bekalan air akan mula dibekalkan kepada semua para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah paras kolam air agihan tersebut distabilkan.

Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Related posts

default
Notis Peringatan Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Pelaksana...
Media

9:oo pagi Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan …

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

6:00 petang   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …